Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

30 Disember 2011

Home » S.A.H.A.B.A.T

S.A.H.A.B.A.T


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti”
  Sahabat , Rakan, Teman & Kawan. Perkataan tu dah sinonim dengan pendengaran kita semua. Bukan mudah nak cari seorang sahabat sejati. Pernah dengar kawan makan kawan? Lebih kurang macam bila kita senang dia sentiasa ada, tapi bila kita susah dia orang pertama yang meninggalkan kita/tiada disisi kita. Tu bukan ciri sahabat yang dicari tapi ciri sahabat yang perlu dijauhi.

  For me, Sahabat tu orang yang sering membantu kita ketika susah dan senang, yang mendengar luahan hati kita, boleh terima kekurangan dan kelemahan kita dan juga yang sering menegur kesalahan kita serta mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta tatkala kita lalai dan leka dengan kehidupan duniawi. Perkara utama dalam bersahabat, Ukhuwah Fillah . Persaudaraan kerana Allah. Jadikan Allah sebagai landasan utama kita dalam bersahabat. Moga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkah kita.

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

 Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
 Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
 Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
 Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
 Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
 Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
 Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
 Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
 Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
 Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
 Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
 Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”.

ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ

Daripada Abu Darda' Al Ansari, daripada Rasulullah bersabda..
" Doa seseorang Islam terhadap saudaranya di belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang diwakili akan berkata "'Amin. dengan bagi kamu apa yang didoakan.."

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕