Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

25 Disember 2011

Home » Kem Nadwah Kepimpinan Islam Story's

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Story's

Assalamu'alaikum,

  Sebelum hari kem tiba ada sorang budak kata ...

Nadwah Kepimpinan Islam, bunyi macam islamik sangat. Mesti aktiviti tak best. 

  Kem dah hampir empat hari berlalu baru nak update. Ni pun sebenarnya nak update esok, tapi takut semua memori kat sana stop loading. :P By the way, ni kem paling best saya pernah pergi..!! (^_^) #rasanya kalau setiap kali kita balik dari mana2 kem pun kita akan cakap macam ni. So, maknanya memang semua kem yang kite pergi best. =__=

  Tapi, kem ni memang lain dari kem2 yang saya pernah pergi, terlalu banyak aktiviti. Rasanya takde part ceramah2 & something yang akan buat kita rasa mengantuk. Dan yang paling best, orangnya sangat sikit. Hoho.  ^o^

 Hari pertama 

  Sampai2 je bukan boleh rehat2, petang tu terus ada aktiviti. Aktiviti 1 2 (tak tahu nak terangkan macam mana) . #Saya dan kak long (una) menang ! *bangga sekejap :P * Alhamdulillah.^^

  Then game panjang pendek tinggi rendah. Game ni memang awal2 saya dah keluar, tersalah loading , patut buat lain tapi buat lain. Lagipun masa ni tengah fikir cuti sebelum tu saya selalu makan nasi lemak, mesti otak pun jadi lembab ni. Sekali abang tu suruh buat apa ntah, hah ! memang dah terpinga2. Apa abang tu cakap eh? Tula fikir nasi lemak lagi. okey, give up jela. =__=" #moralnya kat sini, jangan fikirkan nasi lemak. HAHA. Dan fokus dengan apa yang kita tengah buat.
  Okey, untuk game ni pemenangnya Amirul Syafiq . Sebelum penentuan pemenang untuk game ni, dia bersaing seingit dengan Nia. Nia kalah pun sebab ada orang kacau, kan Nia kan? Ahaha, takpe. Takde rezeki la tu. :)

Dalam kem ni ada tiga group.

Golden Island/Leader (kambing)- ketuanya Fawwaz

Granada (buaya)- ketuanya Najid 

Pulao titik (lembu)- ketuanya Syahmi Amin.

  Nama2 tu semua nama negara kitorang. Malam pertama tu paling banyak gelak. Malam tu ada Debat 1 Kedai Kopi. Masa tengah lukis peta, budak lelaki group saya memang cakap merepek2. Asyik gelak je. Hahah. Lagi2 waktu tengah bentang. Ketua kitorang , Fawwaz memang kelakar, cakap ntah ape2. Sampai sakit perut nak ketawa lagi. :P Hahah. Terbaik ! ;D Lepastu pembentangan dari group Pulao titik. Idea diorang agak menakjubkan. Ada Unifi bawah tanah. Hahah. Terbaik ! ^_^ Granada pun boleh~ Terbaik ! haha. #masa ni zulhilmi dapat gelaran Haibara dalam cite Detective Conan. Hahah. Bila tengok balik, boleh la, sama. Ngee. xD

Then pukul bape ntah mereka2 ni habis berdebat pasal diri masing. ~.~"
*Hanya kami je faham maksud gambar di atas ^_^"*

Hari Kedua

  Pagi tu senaman di conduct oleh Zulhilmi. Lepas tu patutnya ada game explorace, tapi diubah. Dia bagi masa nak rehat semua tu. Petang tu main game sangkar burung. Waktu ni saya je yang terlebih. Diorang semua cukup orang. Ada ke Abg shafiq suruh cari sangkar burung kat atas pokok. =___=" Last2 saya jadi burung hantu. Pastu ada main Raja Katak. Pemenangnya budak form 2, Firdaus kot nama dia. Ntah, tak ingat.  Lepastu tak ingat dah kitorang main apa. =__=
#STUCK LOADING#
  Nak tunggu dia loading lambat sangat. So terus cerita waktu malam. Malam tu ada nightwalk. Sebelum night walk kitorang ada makan2 dulu. Yang lainnya makan2 kali ni, fasi2 suruh kitorang semua makan sambil tutup mata. Masa ni kitorang rasa macam mana jadi orang buta. T^T Yang peliknya, makanan lagi cepat habis. Ada yang makan sekali dengan kepala ikan dengan tulang2 ikan tu habis. Wahwah. ^.^ 

  Part night walk ni agak seram la. Even night walk kitorang sekadar walk atas jalan tar je, tapi kitorang kena jalan sorang2. Tapi perempuan ada bagi kelonggaran, boleh jalan berdua cuma tak boleh rapat2. Tapi saya tetap jalan sorang2. Kawan saya jalan laju sangat~ 
  Masa tu memang jalan macam orang pemalu jalan, tunduk je pandang tar. Takut nak angkat muka. Sekali satu masa tu terangkat muka, hah! Nampak semua warna putih. Ada the hulk baring atas jalan, pocong dan seekor lagi apa ntah. Tak nampak, bukan tak nampak tapi taknak pandang. Cukuplah dua tu. Sebenarnya saya tak takut sangat pun dua benda tu. #cehceh, konon je. Yang saya takut sebelum pandang mereka2 tu saya ternampak something. 

Hari Ketiga

  Macam biasa, pagi tu mesti ada senaman. Dan orang yang sama yang conduct. =__=" Then kitorang main gelung. Game ni bagi saya best sangat ! Terasa macam nak main dengan adik kat rumah. :P Tapi tak cukup orang. Benda ni main ramai2 best. Semalamnya kitorang jadi orang buta, hari ni jadi orang bisu. Susah jugak jadi orang bisu. Kitorang kena beratur satu baris panjang. Abg syafiq akan bagi tahu kat orang yang paling depan kepala,badan dan ekor haiwan yang lain jenis. Orang tu kena bagi tahu kat orang belakangnya sambil buat gaya. Tak boleh cakap langsung. Orang terakhir kena lukis. Naily la orang terakhir tu. =__=" 
  
Sebelum tu tengok diorang buat gaya macam2 memang kelakar. Pelik2 je gayanya. Ada yang buat gaya pakai make up + jelir lidah. Hahaha. Ntah haiwan apa ntah yang macam tu. xD 

  Sebelum balik tu kitorang main satu game urusniaga. Ramai cakap game ni lagi menambah kedebaran hati berbanding night walk malam tadi. Game ni lebih kurang macam main saham. Terasa masa berlalu dengan begitu cepat. Dah 3 hari rupanya kitorang kat situ. Kumpulan terbaik sepanjang kem, dimenangi kumpulan kitorang , Golden Island. Alhamdulillah. ^^,


Peserta Perempuan Terbaik : Farha Husna *saja besarkan. :P
Peserta Lelaki Terbaik : Zulhilmi 


  Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang saya tak sebut. Lupa aktiviti tu diibuat pada hari apa. =__=" Dan kem ni kem yang paling banyak waktu makan. Rasanya setiap kali lepas aktiviti kitorang akan makan, makan dan makan. ~.~" And FYI, kem ni FOC. Tu yang best. Ahaha. xD

Version perempuan punya je ada. Lelaki takde. heheh. :P 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari Rabu tu 22 Disember keputusan PMR keluar. Tahun ni cuma 49 orang dapat 9A kat sekolah saya. Lagi sikit berbanding tahun lepas seramai 60 orang. Tapi grade tahun ni menaik. Dan PMR tahun ni merupakan PMR terbaik. Tak kesah la~ Yang penting saya bangga dengan Batch 95 .^___^v By the way , dengar cerita dalam bulan januari tahun depan keputusan SMA keluar~ gulp. Moga tahun ni SMA paling ramai Mumtaz.
Ameen.

#tengok kalendar. Oh, dah 25hb Dis. Wait ... so maknanya masuk sekolah dalam minggu depan? Seriously? ni minggu last cuti sekolah ?! Waa!! Terasa macam tak bersedia nak menghadapi SPM tahun depan. T___T 

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

2 mutiara hikmah ヅ:

❤~Emma Abduh~❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

=')
tem kem mmg best...pas kem sandi mencuci kain..hehe

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To ❤~Emma Abduh~❤ hahah, betul2. tu yang tak suka. ngee. xP