Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

6 November 2011

Home » Kuda Menyambut Kedatangan Malaikat

Kuda Menyambut Kedatangan Malaikat

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


  Suatu malam , Usaid bin Hudair R.A sedang membaca Quran berhampiran kandang kuda beliau. Tiba2, kuda beliau melompat2. Usaid terdiam. Sebaik berhenti membaca, kuda tersebut berhenti dari melompat2.

  Beliau pun menyambung semula bacaannya.Kuda tersebut sekali lagi melompat2. Beliau berhenti membaca dan kuda tersebut berhenti dari melompat2. Kemudian, apabila beliau menyambung bacaannya, kuda tersebut mula melompat2. Berhenti saja dari membaca, kuda itu berhenti dari melompat. Peristiwa itu membingungkan beliau kerana ia tidak pernah di alaminya sebelum ini.

  "Eloklah saya berhenti dari membaca. Kalau tidak, kuda itu akan terus melompat2. Saya risau kalau2 kawan saya si Yahya dipijaknya nanti," kata Usaid di dalam hati yang risau keselamatan kawan beliau yang kebetulan waktu itu sedang tidur di dalam kandang tersebut.

  Kemudian Usaid pergi mendekati kandang kuda beliau. Tiba2, beliau terlihat seperti ada awan di atas kepala beliau. Di bawah awan itu ada semacam cahaya seperti pelita yang sedang bergerak naik ke atas. Lama kelamaan cahaya itu hilang dari pandangan beliau.

Keesokkan paginya, beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W bertanyakan hal semalam.

"Teruskan membaca Quran Usaid," kata Rasulullah kepada beliau.

"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu terus melompat2," kata Usaid.

"Bacalah terus Usaid," kata Rasulullah lagi.

"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu...," kata Usaid lagi.

"Baca lah terus, Usaid," kata Rasulullah sekali lagi.

"Saya hentikan bacaan Quran sebab saya risau jikalau sahabat saya Yahya yang sedang tidur dalam kandang itu dipijaknya. Semasa itu lah saya nampak segumpalan awan yg di penuhi cahaya seperti pelita naik ke atas." kata Usaid.

"Itulah Malaikat2 yg dtg mendengar bacaan Quran. Sekiranya saudara teruskan bacaan saudara hingga ke pagi, org ramai dapat melihat keajaiban yang selama ini masih terselindung," kata Rasulullah S.A.W menjelaskan perkara itu.



  Kuda yg melompat2 itu bukanlah di sebabkan ketakutan tetapi tanda ia menyambut kedatangan para Malaikat itu. Tanda2 seperti itu terdapat pada binatang lain seperti kokokan ayam.

  Rasulullah S.A.W pernah berkata,"Org yg mahir membaca Quran,dia bersama2 para Malaikat. Dan org yang membaca Quran dengan berulang2 kali di sebabkan suka membacanya, org itu mendapat 2 ganjaran, iaitu ganjaran membaca dan ganjaran mengulang2 bacaannya." Subhanallah.

Wallahu'alam.
------------------------------------------------------------------------------------ 
  ^______^ *kalau boleh nak senyum lebar lagi :P*

  Rasanya tak perlu dijelaskan lagi. Tengok gambar kat atas pun dah boleh faham. kann?? Alhamdulillah final exam & SMA dah habis. Selama hampir sebulan dok menghadap buku, now, free !!! Hee. SMA, Alhamdulillah ALLAH permudahkan menjawab. Tawakkal 'ala ALLAH. Harap tahun ni ramai dapat MUMTAZ, dan naily tergolong. Hehe. Allah Humma Ameen.

 Sebelum

selepas

  Dan , Alhamdulillah, niat di hati nak transform blog ni lepas periksa. Now, DONE. Eh, belum lagi. Ada lagi nak tambah2. Tema? coklat (board) + ungu. Hee. Tapi, saya tahu. Blog saya tak lawa macam korang. ;) Apa-apapun, saya berpuas hati dengan hasilnya. huhu.
✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

8 mutiara hikmah ヅ:

Azree berkata... [✿ Reply this ✿]

Alhamdulillah...

Ilmu dan peringatan yang baik esp. tanda pada kuda apabila Malaikat datang.

:)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To Azree Syukran. Moga beroleh manfaat. Saya cuma kongsi apa yang saya tahu. (^_^)

Analala berkata... [✿ Reply this ✿]

transform berjaya, alhamdulillah..
just nic ;)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To Analala Alhamdulillah.^^ terima kasih. :)

MUJTAHIDAH SOLEHAH berkata... [✿ Reply this ✿]

assalamualaikum dik =)
akak dulu pun ambil SMA,ia kenangan manis bg akak..^^
harapan akak,moga ilmu SMA dpt kita amalkan dlm hidup,tidak terhenti utk exam shj;begitu juga ilmu fardhu kifayah yg lain (^_^)
salam sayang fillah dari akak~

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To MUJTAHIDAH SOLEHAH harapan adk juga mcm akak, moga ilmu SMA ni adik takkan lupa & amalkan sampai bila2. Allahumma ameen. terima kasih ya kak atas nasihat. (^_^)salam sayang fillah aidhon, ya ukhti ❤ (:

r-5 berkata... [✿ Reply this ✿]

Insya'Allah.. sama-sama kita mengamalkannya.. :) Semoga Al-Quran menjadi penghujah kita di akhrat kelak..:)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To r-5 InsyaALLAH. (: ALLAH Humma Ameen..!! (^_^)