Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

23 November 2011

Home » , , » Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t ,
 Lama sangat dah tak post dalam blog.  Kekeringan+kekontangan idea~ *err, betul ke bahasa ni. =__="  Btw, look ! I just found an interesting conversation to be shared, Bertudung vs Tidak Bertudung . Mungkin ada yang pernah baca, takpe. Baca je lagi sekali. Supaya menjadi peringatan kalau2 dah bertudung, tiba2 berubah tak nak pakai tudung. Nauzubillah~ Selamat membaca ~ (^_^) y


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.
Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi.
Dimana kamu jumpa Mutiara?
Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas?
Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.
Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

  Pernah tegur orang yang tak bertudung tak? Saya pernah tegur, orang tu orang terdekat dengan saya. 
Cara saya tegur dulu kurang baik sikit. Hahah. Tapi sekarang, dah okey la. Selalu jugak tegur , tapi sampai sekarang dia tak nak dengar. Dalam pada berbual dengan dia, saya sebut jugak pasal siksaan yang akan diberikan pada orang yang tak bertudung. Alasan dia pun lebih kurang macam alasan yang diberi 'tiny pinky'.  Dah banyak kali saya tegur, dah cakap pakai tudung(tutup aurat) tu wajib , perintah ALLAH,
tak boleh buat main-main. Tapi, pi mai pi mai tang tu jugak. Dah nasihat, macam tu jugak. Lagipun, Hidayah ALLAH ni, hanya ALLAH berikan pada orang yang nak je, kan?

  Masa saya pergi Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan minggu lepas, setiap kali lepas solat, mesti ada tazkirah. Suka sangat. Terasa lebih dekat dengan ALLAH. ^_^ Dan setiap kali tazkirah mesti ustaz tegur tentang pemakaian kami. Mungkin ada yang terasa/terkesan dengan apa ustaz cakap. Yang pergi ramai SMK. SAM dan SMKA pun ada jugak. Ramai yang pakai baju lengan pendek, baju agak ketat, yang tak pakai tudung pun ada. Dan ramai jugak yang bertudung ni, bila dalam laman sesawang yang lain tudung diorang hilang. Hilang pergi mana? naily tak tahu~ Huhu. Tapi sifat diorang sangat peramah.  ◕ Lagi peramah dari budak sekolah saya. =__=" By The Way,  saya tak berniat nak mengaibkan sesiapa, apa yang saya cerita, saya nak semua orang ambil iktibar.


Entry ni ada kaitan dengan entry ni.--> Anggun Pesona Aurat Terpelihara , Tabarruj , 13 Aurat Wanita

Tiba-tiba saya teringat kata2 ayah saya,  " Kita ni tiap2 hari buat dosa. (eg: tak pakai tudung, tak tutup aurat etc) Solat setiap hari, setiap waktu, sedekah, puasa pun belum tentu lagi ALLAH terima amalan kita. Lagi2 kalau tiap hari tak pakai tudung,  lagi bertambah dosa. Pahala baru nak naik, dosa dah bertambah banyak "


Merindui dunia tarbiyah Rindu sahabat2 Rindu sekolah Rindu cikgu Rindu Semuanya

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

6 mutiara hikmah ヅ:

r-5 berkata... [✿ Reply this ✿]

Awak saya sangat suka apa yang diutarakan dalam entry awak ni.. bukan semua orang berani bersuara.. kerana saidina ali pernah berkata "aku pasti akan menang berhujah 10 orang alim tetapi aku akan kalah dengan dengan seorang manusia yang jahil" orang jahil ni xde landasan berfikir.. so kita sama-sama tegur je n berdoa agar mereka diberikan hidayah.. ;)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To r-5 Alhamdulillah, ALLAH yang mengurniakan ilham kpd saya. (^__^)
Ya, InsyaALLAH. =D

mat ketawa berkata... [✿ Reply this ✿]

sgt hebat print screen debat d atas :)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

Tomat ketawa betul2, pengisiannya, mantop ! (^_^)

Fauzan Himmi berkata... [✿ Reply this ✿]

Assalamualaikum.
alhamdulillah awk dpt nasht kwn awk tu. xsmua brani buat kan.
btw, bleh tk sy nk share prbualan awk dgn tini pinky tu? sy nk sgt share ngn kwn2. harap dpt bg link. reply kt shoutbox sy ye. - fauzan-himmi.blogspot.com

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

ToFauzan Himmi
Wa'alaikumussalam.
(^_^)
boleh2. share aje. Ni pun saya share dari org lain. ^^,