Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

3 September 2011

Home » , » Duit Raya, Mercun, Kad Raya ≠ Dah Besar la ..

Duit Raya, Mercun, Kad Raya ≠ Dah Besar la ..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.

Kaifa halukum? Raya macam mana? Banyak dapat ang-pau tak? Jangan tanya saya la, sebab sangatlah sikit. Tapi saya tak kesah pun. Betul, tak kesah pun. Sedih je. Ngee. Yelah, bila dah besar ni, rasa tak semangat nak raya. Bukan sebab tak dapat duit raya (actually, tu salah satu sebab kot), tapi, entahlah. *okey, sila jangan baling kerusi kat saya sebab cara saya cakap macam entah ape2. 

1- Duit Raya

Bila dah besar, jaranglah orang bagi duit raya pada orang yang dah besar. Besar dari segi apa? Err, mungkin dari segi umur? Tapi, orang selalu nak bagi duit raya, mana tanya..

A : Dik, umur adik berapa ya?
B : 2+0=20 tahun makcik. :D
A : Kalau macam tu, tak dapat duit raya, maafla ya dik.
B : :(

Ada ke orang tanya macam tu? Orang selalu tengok orangnya. Apa maksudnya tu? Hah, contoh, kalaulah si B tu umur 20 tahun, tapi badan ketot je muka pulak comel, macam ni


confirm dapat ! :D


Tapi kalau muka macam atas ni .. Err, macam ... * hah! aku tak cakap ape2 okey.

Agak2 ..

Kalau muka camni dapat tak? HAHA :P *Aku tak minat dia okey. =_=

 
Tapi kalau tak dapat jugak takkan nak buat muka toya pegi mintak ? Err, =_=

2 - Mercun


  Dah lama tak sentuh benda alah ni. Apatah lagi main dengan mercun. Apatah lagi beli. Last sentuh .... *tak ingat.~.~ Lagipun bila aku dah semakin 'besar' ni, rasa menyampah pulak dengan mercun.Tak minat dah. *perkara positif kan?* Sebab sejak Raya nak tiba ni *dah tiba pun* asyik dengar bunyi mercun je, pongpangpongpang, letup sana, letup sini. Macam orang nak berperang. Macam makcik2 yang masak kat dapur waktu rewang pun ada. *Err*

  Yang tak tahannya,bunyi dia. Lagi2 yang main mercun buluh. Takpun mercun ketupat. Mercun bola pun kuat jugak kan? *okey, saya ada pengalaman main mercun sejak dari kecik sampai darjah 6 kot, hafal dah nama mercun yang kuat, tak kuat, lawa, tak lawa. Mercun yang boleh kejar orang pun ade. :P <--pengaruh kawan sekeliling. Harap maklum.

  Satu benda yang baru aku sedar pasal mercun, beli mercun sama macam bakar duit sendiri *thanks Abd sedarkan aku* .

: Tapi, kalau yang tak beli tapi kawan bagi or ayah kerja kastam dapat free mercun pulak macam mana?
: Hah, 1 je saya nak tanya, kalau tiba-tiba dok syok sangat main mercun, mercun tu letup kat tangan tanpa sedar macam mana? bukan dekat tangan je, kat anggota badan lain jugak. ALLAH elok2 pinjamkan kita anggota yang cukup sempurna, indah. Cukup jari ada sepuluh, cukup mata ada dua, cukup kaki ada dua. Tiba-tiba hilang salah satu macam mana? Tak ke jadi 'Indah Water' ? Ehee. Ditambah pulak dengan budak2 sekarang yang semakin 'extreme' , fikirannya memang luar alam. Letupkan mercun dalam botol, dalam bekas yang dia jumpa kat tepi jalan. Paling tidak, 'pinjam' kuali mak kat dapur tu buat tutup mercun, konon biar bila dia letup bunyinya kuat mengalahkan meriam buluh. *esoknya maknya tengok kuali tersebut berlubang. Tak ke menyusahkan mak nak masak? dah tak makan korang sekeluarga. :P Hee.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 
Maksudnya : “… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …” 
3- Kad Raya


Dah besar la. Jarang dah nak main bagi kad raya macam kecik2 dulu.

 Kat sekolah ..
Didi: Ha, nah kad raya untuk kau orang . Nanti kau orang bagi aku pulak ya.
Dudu: Okey :D
Dodo : Iye. :D Dudu, esok aku nak bagi kau kad raya jugak.
Dudu : *yelah, aku faham kau pun nak kad raya.

Balik sekolah ..
Dudu : mama, nak beli kad raya. Kawan dudu bagi dudu kad raya, jadi dudu nak balas.
Mama : ek? #$&%*^(*. okey.

  Takyah ada dialog macam ni pun masing2 dah faham sendiri. Kalau ada orang bagi kad raya kat dia tu, mesti nak kan balasan jugak. ~~ Bila makin besar makin kurang dapat kad raya. *Tapi naily tak kesah ^_^ * 
Sekadar ucapan mesej pun da cukup. Beli kad raya sendiri, tulis ucapan sms kawan tadi dalam kad raya, hias sendiri. Kan dah jadi kad raya? Hee. Tak pun sekarang kan semuanya di hujung jari. MMS ada, edit2 guna adobe whatever semua tu pun boleh. Tinggal suruh orang tu prin sendiri je. Save duit poket. :P

  Sekian saja daripada saya. Tu semua pendapat saya, apa yang saya rasa. Kalau awak semua ada nak kongsi apa2, silakan. Kalau takde, duk diam2. :P Hee. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan . (^_^)
Wassalam 'Alaik.



✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

4 mutiara hikmah ヅ:

Ain berkata... [✿ Reply this ✿]

Saya pun tak dapat duit raya
banyak mcm taon2 lepas.. Kad raya tu ad la 2-3 keping.. Mercun mmg tak main la.. 17 taon dah kot. Haha XD

teha berkata... [✿ Reply this ✿]

kesian kan... mntg2 kite dh bsr , mesti xdpt duet rye.. hadoii ~

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To Ain : same la kite ain. =__=' huk3.

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To teha : tahu takpe. huhu. tapi saya tak kesah pun kalau tak dapat duit raya. ->> T___T