Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

29 Ogos 2011

Home » , , » Tunggu Dapat Hidayah? Oh. Eid Mubarak na kawan2 ! ^^

Tunggu Dapat Hidayah? Oh. Eid Mubarak na kawan2 ! ^^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..
Hari ni naily nak share satu article dari iluvislam.com . Malas nak menulis entry sendiri. Ehee, Baca jela ya. InsyaALLAH bermanfaat untuk kita semua. ^_^  *Orang2 dok sebok tulis entry pasai raya, naily pulak dok bagi benda ni ~.~ hee, xpelah. ilmu jugak:)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)

  Di sini, kita mengerti bahawa perubahan itu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Jikalau kita tidak memulakan langkah untuk berubah, maka kita akan selamanya berada di takuk yang lama.

 "Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."

  Ini hanya contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung. Ada banyak lagi ayat-ayat yang sering diungkapkan kita demi untuk menepis segala soalan masyarakat mengenai diri kita atau sikap kita. Walhal hidayah tidak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah!

"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"

  Ini lagi satu contoh. Kalau hati sendiri telah set kan bahawa anda memang tidak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan.. anda rasa anda akan berubah? Tidak sama sekali!

  Untuk berubah, individu tersebut perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati.
Kenapa kita lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan transformasi?
Ini berkemungkinan besar kerana mereka punyai keinginan untuk berubah tetapi hati mereka tidak cekal dan tidak tetap untuk berubah! *Lagi satu, dia berubah semata2 nak menunjuk-nunjuk kat seseorang tu je. Nauzubillah! ~.~

  Namun, jika hendak seribu daya jika tidak mahu seribu dalih. Hati itu asbab dan punca. Jika ia kuat maka akan kuatlah kita, jika tidak, kalahlah kita.

  Berubah itu kaitannya hati dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tidak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan.

  Hati itu juga berkait dengan anggota. Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati. Demikian, apabila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh memandang, kaki tidak boleh mengekori dan tangan tidak boleh beragak-agak untuk menyentuh atau melakukan.

  Sekali lagi saya ingin tegas kan kepada saudari dan saudara marilah kita hayati akan maksud di sebalik Firman Allah ini:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

 Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada anda kembali bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama. Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi. Kitalah penentu nasib kita di sana!

*Berubahlah kerana ALLAH, bukan kerana manusia*

Ehem , esok dah raya. So, nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitra na kawan-kawan. Maafkan semua salah silap yang pernah saya buat pada awak semua sama ada yang sengaja atau tak sengaja. Mungkin pernah ada yang terasa dengan kata2 saya di blog, tolong maafkan saya. Dan, saya dah maafkan awak semua. (^_^) Saya sayang awak semua ! (: *yang perempuan jela. :P .
Nah ,  kad raya special buat korang semua. FREE je. Amik la. Takyah malu2. :P Maaf, tak lawa. Tapi naily ikhlas buat ni. :)


P/s: Aiman basah lencun, dibuatnya Yahya,
Jangan main mercun! Bahaya !

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

6 mutiara hikmah ヅ:

mira berkata... [✿ Reply this ✿]

Salam Aidilfitri :)
maaf zahir dan batin, semoga ceria2 selalu. :)

❤~Emma Abduh~❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

yup btl2x....hehe...
mat raya...;)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

Tomira: ★SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR&BATIN★ ^__^ heheh,,InsyaALLAH. Mira pun ya. (^_^)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To❤~Emma Abduh~❤ : Hehe,
❤SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR&BATIN❤ ^__^ keep smiling :) It's SUNNAH. (^_^)

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata... [✿ Reply this ✿]

salam aidilfitri ya:)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To ::ini belog saya . cinta hati saya:: : salam Aidilfitri juga ^_^ ceria slalu. (^___^)y