Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

29 Mei 2011

Home » , » Facebook Tempat Keluarkan Kata-kata Kesat?

Facebook Tempat Keluarkan Kata-kata Kesat?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Nabi SAW pernah bersabda seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa:
"Sesungguhnya adakalanya seseorang mengeluarkan kata-kata yang tidak difikirnya terlebih dahulu apakah baik atau tidak, lalu menyebabkan dia tergelincir ke neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua? sihat? cehceh,tanye macam ada orang baca blog ni aje. hee~ Alhamdulillah khamis hari tu habis sudah peperiksaan pertengahan tahun. ALLAH, tinggal tunggu keputusannya je. tak nak tahu keputusannya boleh tak? T__T  sekarang ni dah mula cuti sekolah. jadi, azam naily, tak nak buang masa. nak study. *baca novel pun nak jugak.err -.-"* by the way, hari jumaat hari tu, aku bukak facebook. ada budak form bawah kata, "orang gila je study waktu cuti ni". erk! maknanya aku orang gila ke?-.- dia form bawah lagi, takpe lah. boleh enjoy lagi. form 4 ni boleh ke enjoy? setahun je lagi nak SPM. paling paling dekat adalah peperiksaan SMA, tahun ni. berapa bulan je lagi.

  Okeylah. cukup untuk pendahuluan. sekarang kita masuk isinya pulak ya murid-murid. *sejak bila naily jadi cikgu?--"* hmm, sejak kebelakangan ni aku banyak tengok orang post status di facebook. dengan perkataan yang kurang sedap. mungkin kurang bubuh garam, atau asam atau gula? senang cerita tak cukup rasa. sedih melihat situasi begini. mereka seperti menjadikan facebook itu diari seharian mereka. apa yang mereka lakukan saban hari, pasti diceritakan di facebook. kebanyakannya perkara yang menyakitkan hati mereka yang di post. segala perkataan buruk terkeluar. entah mengapa semakin ramai saudara seagamaku yang mudah hilang sabar dari menahan diri dari mengeluarkan kata-kata sedemikian.

   Tidak kurang ada juga yang mencaci maki kawan mereka, pakwe/makwe mereka, dan yang lagi dahsyat yang mengata ibu bapanya. nauzubillah min zalik. sedar tak kalian, apa yang kalian post tu boleh di baca oleh orang sekeliling? ke kau orang memang saja melepaskan amarah dalam diri supaya mendapat perhatian orang? ya, aku juga manusia macam mereka. bukannya baik sangat, 'mungkin' tanpa sedar aku juga pernah menjadi seperti mereka. *tapi mungkin dulu lah* err,entahlah, tapi yang pasti  aku cuba merubah diri ke arah yang lebih baik. biarlah apa orang nak kata pasal aku.

  Bukankah islam dah ajar kita, supaya jaga percakapan kita kepada sesiapa pun dan kawal marah kita. 
Dari Abdullah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda :
" Memaki orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya adalah kafir."
  Kebanyakannya mereka marah kerana perbuatan orang lain terhadap diri dia. orang tu mengutuk dia, fitnah dia macam-macam. aku tahu, memang susah nak didik diri kita supaya sentiasa sabar dengan apa yang berlaku, aku juga  pernah melaluinya. tapi, tak salahkan sesekali tu kita cuba didik diri kita supaya sabar? apa yang buruk orang kata pasal kita, orang buat kat kita, kita jangan mencerca dia. kita doakan yang terbaik buat dia. setiap perbuatan itu ada balasannya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau diam" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W beliau bersabda:
Orang yang paling di benci ALLAH adalah orang yang suka bermusuhan"
 Jadi, mulai sekarang jagalah kata-kata kita. jangan keluarkan kata-kata yang tak elok walau semarah mana pun kita. jangan sampai kata-kata kita menyakitkan hati orang lain. bila benda ni berlaku,  mulalah timbul permusuhan sesama kita. kebanyakan mereka, mengatakan mereka jadikan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai heroes mereka, tapi apa yang mereka lakukan tidak seperti budi pekerti baginda.  kepada saudaraku, peringatan ini aku tujukan kepada diriku dan kalian. aku juga manusia seperti kalian. mungkin aku pernah melakukan perkara tersebut, maafkan aku. tegurlah aku atas apa yang pernah lakukan. sahabat yang baik itu adalah yang sentiasa menegur dan membimbing kita menjadi supaya menjadi orang yang berguna.



✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: