Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

9 April 2011

Home » , , , , » Perangai Budak Waktu Perhimpunan

Perangai Budak Waktu Perhimpunan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. semoga anda semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan kasih sayang-Nya. Insya ALLAH.:c:
 

  Hari ni nak cakap tentang perangai budak-budak sekolah bila waktu perhimpunan.:134:
tetapi post ini lebih kepada keadaan di sekolah aku. Hari jumaat:86: semalam perhimpunan sekolah diadakan dan kiteorang semua di minta duduk sepanjang perhimpunan kecuali waktu nyanyikan lagu Sekolah:75:, lagu Selangoremoticon20, dan Negaraku:74:. semalan ada VVIP datang, tak silap aku dari BPI, Ustaz Nurul Amali dan ada lagi seorang, Naib pengerusi PIBG kot,tak ingat. heheh. mereka datang sempena dengan perasmian Program Sahsiah Remaja Unggul (SUMUR).

  Waktu pagi tu diperdengarkan surah Ar-Rahman. aku cuba memahami maksud ayatnya. senang sikit kalau dah belajar bahasa arab ni, dapat faham ayat Al-Quran, walaupun bukan sepenuhnya. Bila kita hayati betul-betul, Subhanallah betapa indahnya kalamullah itu. menusuk kalbu.emoticon05 boleh menangis kita bila baca dan fahami ayat ALLAH ini. :face21:okey2, tu sedikit tazkirah tambahan. hehe.emoticon26

  Yang aku nak ceritakan kat sini, perangai budak-budak sekarang semakin pelik. mempunyai ilmu tapi.....:s: faham-faham jelah. aku duduk bahagian yang agak belakang, sebab pukul 7.30pg baru sampai sekolah. aku duduk dengan ummi. kebetulan nampak dia, jadi duduklah dengan dia. dan kami duduk di belakang budak-budak form bawah yang mempunyai geng. berbelas2 oh geng diaorang. haish ! siap jagakan tempat lagi. hampir saja aku dan ummi kena duduk belakang sekali disebabkan mereka. aku tak nak duduk belakang, nanti tak nampak siapa yang berucap di depan. dahlah tak bawak cermin mata masa tu. dan faktor yang lainnya, yang kat belakang selalu bising, susah nak dengar cikgu-cikgu kat depan berucap. huh!emoticon10

  Boleh pulak waktu majlis bermula dan waktu pengetua sekolah kami sedang berucap, ada beberapa budak form bawah main 'sep sep tom tom' yang macam budak tadika main tu. *erk, btw, aku pun masih main lagi bende tu, cuma bukannya dalam dewan waktu guru sedang berucap ! emoticon20 * yang seorang tu, duduk tak menghadap pengetua pulak tapi menghadap kawan dia, means dia duduk menghadap cikgu-cikgu yang berada di tepi-tepi dewan. dan waktu Ustaz Nurul Amali sedang berucap, budak yang sama ni pergi ambil kasut kawan dia dan angkat ke atas. tak malu ke:s::s: memanglah masa tu tak semua orang perasan,orang yang duduk dekat dia je nampak dia buat macam tu. tapi, tak malu ke:s: emoticon20manalah tau cikgu2 yang duduk kat tepi tu nampak.:face16:

 Ya ALLAH, kalaulah pengetua sekolah tu duduk di belakang dan nampak budak buat macam tu semasa dia sedang berucap, apa perasaan dia? gembira tengok pelajar2nya yang dikenali sebagai pelajar2 cemerlang buat perangai macam ni?emoticon20 emoticon12 oh, aku amik contoh lebih mudah, kalaulah korang sedang bercakap dengan seseorang, bersungguh-sungguh ni. tapi, orang tu buat tak tahu je.:face7: buat macam korang takde kat situ. padahal mulut dah penat cerita, tapi dia tak dengar langsung. :face4: mesti sedih kan? marah? atau kecewa?emoticon67 tulah yang mungkin cikgu akan rasa.
 
  Kebanyakan mereka berborak, bercerita tentang hal dunia yang takde manfaat dari mendengar apa yang disampaikan oleh cikgu kat depan. Ingat, Malaikat Raqib dan Atid yang berada di kiri dan kanan manusia sentiasa menjalankan tugasnya:r:

  Sebab tu aku tak suka duduk belakang-belakang. kebanyakan mereka suka berborak. Waktu perhimpunan kat dataran pulak, semua kena berdiri. bila cikgu berucap kat depan, mulalah penceramah yang kat belakang tu. haish. faham-faham jelah. selalu dah cikgu tego budak-budak yang kat belakang, aku pun turut terkena sebab duduk kat belakang, padahal aku tak berborak pun.:face6: diaorang selalu cerita hal-hal duniawi, apa yang diaorang buat semalam, mengata pak cik baslahemoticon11, macam2 lagilah.boleh pulak waktu cikgu tu berucapemoticon16, dia mengata pulak pasal cikgu tuemoticon28. kalau mengata yang baik takpelah jugak, tapi yang meng'aibkan cikgu tu. Ya ALLAH,ونستغفره.

  Aku tahu ramai yang tak berani nak tegur budak-budak yang macam ni. takut nanti tersembur semua cili paling pedas di dunia dari mulut dia.:3: mengumpat pasal kita, kadang tu sebelah2 pun boleh mengumpat:2:. saja nak simbah minyak pada api yang tengah membara.:14: sesetengah orang tak bersabar bila diri diejek:p:. ada yang menangis bila diri dibuat macam tu. ada yang kecewa:13:, ada yang biasa sahaja bagi mereka yang kuat.:face10: jadi, kebanyakan kita ramai yang mengambil keputusan untuk diamkan diri saja. :a:
Walau apapun yang berlaku, ingat :q: Keberkatan ilmu seorang murid itu terletak pada gurunya.:95:


✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

4 mutiara hikmah ヅ:

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. berkata... [✿ Reply this ✿]

panjang tul cerita dia.. meh join anna...

http://bungakubakawali.blogspot.com/2011/04/blog-untuk-dikomen.html

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To: NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. hahah,panjang ke? tak reti la nak buat entry pendek2. hihi. XD

| gad1s s0ypans | berkata... [✿ Reply this ✿]

heee,nice....

kreatif penulisan....

(=

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To| gad1s s0ypans | heheh.. terima kasih .. :)