Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

27 April 2011

Home » , , , » حسن الظن بعبد الله Bersangka Baik Terhadap Hamba ALLAH :)

حسن الظن بعبد الله Bersangka Baik Terhadap Hamba ALLAH :)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..



 Hari ni baru aku faham masalah dia.
ya, aku selalu fikir yang dia tu menjengkelkan.
tak baik kan aku?  aku tahu.
bila dia cakap dan tanya soalan yang memang aku rasa tak perlu ditanya,
aku rasa malas nak jawab soalan dia.
selalu elak dari soalan yang dia tanya.
teruk kan aku? ya,aku tahu tu.
aku rasa dah banyak buat salah kat dia.
sekarang baru aku faham. baru aku kenal dia dengan lebih 'dekat'.
mulai hari ini, aku akan sentiasa bersangka baik kepada setiap hambaALLAH dimuka bumi ini.

Kita tak boleh menilai seseorang itu dengan hanya memandangnya atau bercakap dengannya sahaja.
tetapi ambillah masa kenali hatinya dengan lebih dekat, kenali peribadinya.
terima sikap dia seadanya. kata orang tak kenal maka tak cinta,kan? :)


kat bawah ni ada beberapa tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani supaya kita sentiasa
bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Natijahnya, Jangan bersangka buruk terhadap orang lain .


*By the way, dia yang aku maksudkan tu adalah seorang perempuan. 
harap maklum. jangan salah faham.*

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

5 mutiara hikmah ヅ:

cik dila berkata... [✿ Reply this ✿]

Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

masyaalah..selalu lupe pasal ni..time kasih krn mengingatkan..ukhuwah fillah..:-)

Azree berkata... [✿ Reply this ✿]

Mujur perasan langkah-langkah sebelum komen...:)

Sungguh mahal ilmu ni yang sudah sukar untuk dijumpai sekarang ni.

Terima kasih atas perjuangan ini..
;)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

Tocik dila
sama2..:) semoga kita semua menjadi seorang hamba yang sentiasa memaafkan kesalahan peribadi orang lain ke atas kita serta tidak memandang rendah atau bersangka buruk terhadap mereka..ameen ya rabb.. salam ukhuwah fillah aidhon.. (^__^)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To Azree Alhamdulillah.. :) Semoga Allah menilai usaha saya ini.walaupun sangat sedikit.harap kalian mengambil iktibar. 'afwan.. ^__^

songkok_hensem berkata... [✿ Reply this ✿]

nice tips!
moga kita amalkan dan bukan sekadar ckp
hua3 :)