Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

26 Mac 2011

Home » , , , , » Keutamaan Ilmu

Keutamaan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim..



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w :
" Barangsiapa yang berjalan untuk keperluan menuntut ilmu, Maka Allah membimbingnya ke jalan syurga, sesungguhnya orang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan makhluk yang ada di bumi, sehingga ikan-ikan yang ada di laut, dan sesungguhnya Ulama itu pewaris Nabi. "
(H.R. Abu Dawud ATt Tirmidzi) :face40:

Assalamulaikum..:c: apa khabar semua? sihat? hehe. alhamdulillah aku masih bisa melihat dunia ini lagi buat kesekian kalinya.:94:

Minggu ni, aku asyik balik rumah :53: lambat je. start hari rabu tu pak cik bas emoticon11 aku dah tak amik budak sekolah aku waktu petang. tapi takpe la. kami faham~:face7: aku kalau balik lambat tak kesah, tapi kalau lambat sangat tu aku kesah.:face53: ayah selalu amik aku kat sekolah dalam pukul 7 petang camtu. (kecuali hari jumaat hari tu) memang tinggal aku sorang jela. kawan aku semua dah sampai rumah tengok cerita kartun kat tv9emoticon13~ bestnya dyorang. :face29: *yeke dyorang tengok tv?sesedap mangga je cakap =.="* dan tiap kali aku balik lambat jugaklah aku dapat dengar + ilmu dari ayah aku. alhamdulillah. waktu dalam perjalanan pulang ke rumah, mesti dalam perjalanan tu ayah cerita macam-macam, tiap hari tukar topik. dan hari ni, aku nak kongsi dengan korang tentang betapa pentingnya kita menuntut ilmu.

Form 4 sekolah aku mesti dah belajar PQS, tajuk Kelebihan Menuntut Ilmu, kan? Jadi mestilah korang dah tau dengan mendalam pasal ilmu kan? emoticon13 Seperti yang semua tahu menuntut ilmu adalah WAJIB bagi setiap orang islam. tak boleh kata tidak.:face24: harap maklumemoticon55

Sebahagian ahli hikmah mengatakan: perkatan ilmu itu terdiri dari tiga huruf, 'ain, lam dan mim.
'Ain singkatan dari kata 'illyyin maksudnya darjat yang tinggi. huruf lam singkatan dari kata lathif yang ertinya halus/pemurah/tenang. manakala huruf mim adalah dari kata mulkun yang ertinya kerajaan.
Maka huruf 'ain lam mim =ilmu. dapat menyampaikan pemiliknya kepada darjat yang tinggi, dapat menjadikan pemilknya kepada pemurah/halus/tenang serta membolehkan pemiliknya menjadi raja bagi rakyat.Bunny

Ilmu itu lebih utama daripada amal, ditinjau dari lima pandangan:
1- Ilmu tanpa amal akan tetap ada, sedangkan amal tanpa ilmu tidak akan terlaksana
2- Ilmu tanpa amal akan tetap bermanfaat, sedangkan amal tanpa ilmu tidak akan bermanfaat.
3- Amal bersifat tetap dan pasif, sedangkan ilmu bersifat aktif, bersinar bagaikan lampu.
4- Ilmu adalah perkataan Para Nabi, sebagaimana
sabda Nabi s.a.w :
" Para ulama umatku itu seperti Para Nabi Bani Israel "

5- Ilmu adalah sifat dari Allah Ta'ala, sedangkan amal adalah sifat hamba. Sifat Allah Ta'ala lebih utama dari sifat para hamba "
(Tafsirut Taisiir)
Dari Ibnu Abbas r.a :
Ditawarkan kepada Nabi Sulaiman a.s, antara ilmu dengan kerajaan, dia (Nabi Sulaiman) memilih ilmu, maka dia diberi ilmu dan kerajaan. "

:88: Diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w., masuk melalui pintu masjid dan baginda melihat syaitan di tepi pintu itu. Baginda berkata: " Hai iblis, apakah yang engkau perbuat di sini? " Kata syaitan: " Saya mahu masuk ke dalam masjid dan mengganggu solatnya orang ini, tapi saya takut terhadap orang tidur didekatnya ini:15:." Kata Nabi s.a.w.: " Hai iblis, mengapakah engkau tidak takut kepada orang yang solat ini?sedangkan dia sedang beribadah dan bermunajat kepada Allah, dan engkau bahkan takut kepada orang yang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai? " Kata syaitan: " orang yang solat itu bodoh bahkan mudah diganggu:122:, tapi yang tidur itu orang alim (ilmu). sehingga kalau saya telah berjaya mengganggunya dan menjadikan solatnya batal/rosak, maka saya khuatir bilamana orang yang alim itu terbangun akan segera membetulkan solatnya orang itu" Setelah itu,
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh."
(AL Hadith). (Minhaajul Muta'alimin)

:88: Diceritakan lagi. Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan empat golongan manusia di tepi pintu syurga, tanpa melalui hisab dan azab, mereka itu adalah:

1. Orang alim, yang mengamalkan ilmunya.
2. Orang Haji Mabrur(tiada sedikit dosapun), yang menunaikan ibadah hajinya tanpa merosak ibadah hajinya.
3. Orang yang mati syahid, yang mengusahakan harta dari yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa rasa riyak.

ha, korang rasa siapa yang patut/ akan masuk syurga dahulu:s: nak tau:s: kita sambung esok:v: haha, gurau aje :face15: meh sambung bacaemoticon37 lagi..

Mereka saling berebut agar dapat masuk syurga lebih dahulu. Maka Allah Ta'ala mengutus Jibril agar memberi kata putus bagi mereka. Pertama sekali, Jibril bertanya kepada orang yang mati syahid dengan pertanyaan, "Apa yang telah engkau lakukan di dunia sehingga engkau mahu masuk syurga, yang paling awal?" Mereka menjawab: "Saya telah terbunuh dalam peperangan keran mencari keredhaan Allah Ta'ala" Jibril berkata: "Dari siapakah engkau mengetahui atau mendengar pahala orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Dari para Ulama." Kata Jibril: "Jagalah sopan-santun, janganlah engkau mendahului gurumu yang telah mengajarmu:119:" Kemudian Jibril mengarahkan pandangannya kepada mereka yang mengerjakan haji, seraya berkata seperti yang pertama, demikian pula kepada si dermawan. Kemudian orang yang alim itu berkata: "Tuhanku, tidaklah aku dapat menghasilkan ilmu kecuali segala berkat kedermawanan dan kebaikan orang yang dermawan." Maka ALLAH Azza wa Jalla berfirman: "Benarlah kata si alim, hai Ridhwan bukalah pintu syurga supaya si Dermawan itu masuk lebih dahulu, kemudian barulah orang-orang lain menyusul:103:"


Hah:q: bila dah baca atas tu, banyak tak kelebihan atau manfaat orang yang berilmu? *banyak* betul tu, memang banyak. jadi, rajin-rajinkanlah diri itu untuk menimba ilmu. kita dapat ilmu bukan hanya dengan pergi ke sekolah, belajar. lepas daripada balik dari sekolah tu kita takde dapat ilmu ape-apeemoticon20. maksudnya, kita peroleh ilmu itu dari guru waktu belajar, tu je. contoh lepas balik dari sekolah, korang online facebook. janganlah online tu takde buat ape-ape, sambil-sambil tu search la berkaitan dengan keadaan umat islam kat luar negara sana ke, cara nak selesaikan soalan addmath keemoticon20, cara membuat kek coklat kelike. hah, tu ilmu jugak ape. bila dah dapat ilmu tu, janganlah korang peram lama-lama buat pekasamemoticon14 tapi, amalkanlah ilmu tu. supaya tak hilang dek kealpaan kita.

Sabda Nabi s.a.w.:
" Jadilah engkau orang yang alim(berilmu) , atau seorang guru yang mengajarkan ilmunya, atau pelajar atau orang yang mendengarkan pelajaran dan janganlah menjadi orang yang keempat, maka rosaklah engkau"
Rasulullah ditanya: "amal apakah yang paling utama?" Jawab Rasulullah: "Ilmu tentang ALLAH"
Kerana amalan yang sedikit akan bernilai bila dengan ilmu:t:, dan walau banyak manapun amal tidak akan bernilai :22: bila diiringi dengan kebodohan. Maka dengan itu dapat diketahui bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang lebih mulia di bandingkan dengan ibadah, dan sudah seharusnya orang yang beribadah itu mempunyai ilmuemoticon06 Kalau tidak maka amalannya menjadi sia-sia saja laksana debu yang bertebaran Chic


emoticon48 Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu bererti ia berjuang pada jalan ALLAH sehinggalah ia kembali
"

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: