Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

6 Februari 2011

Home » , , » Selamat Tinggal budak KISAS.

Selamat Tinggal budak KISAS.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



 Selasa lepas merupakan hari sedih buat aku dan kawan-kawan. sebab hari itu merupakan last day sekolah bagi Nurul Fitri, Iffah Irdina, Nur Hanizah Mihat dan ada la lagi yang lain. tujuan aku tulis blog hari ni khas buat budak-budak KISAS (perempuan)

To:  Nurul Fitri Mustapa.

 pasangan ideal. ngee

 Bila mula-mula tahu kau nak pindah. Ya ALLAH...sedih teramat. walaupun aku adalah orang pertama yang tahu, benda tu bukan berita gembira. kalau boleh aku tak nak dengar kau cakap 'aku pindah' ! aku tahu pertemuan dengan perpisahan itu lumrah kehidupan. setiap orang pasti melaluinya. tapi,  bagi aku...dapat ke aku kuatkan hati ni? Fitri, lepas ni tak dapat jumpa kau. tak dapat rehat sama-sama dengan kau. tak dapat dengar cerita pasal Sami Yusuf  dari kau. dan paling penting tak dapat bersama-sama dengan kau kat sekolah. aku tak sempat nak bagi surat yang aku tulis buat kau. tapi surat tu untuk balas surat kau yang pertama. ingat lagi kan
yang kau kata kau sayang Sami Yusuf 1000 kali tapi kau sayang aku 1001 kali =.=' lagipun aku tak sanggup nak bagi surat yang aku dah tulis tu. sebab...dalam surat tu aku ada cakap 'walaupun kita tiap hari jumpa' (sebelum kau dapat tawaran KISAS). ayat tu dah tak berguna. sebab kita takkan jumpa setiap hari! TAKKAN! *emo sangat ke aku ni?* KISAS pun balik sebulan sekali kan? macam mana nak jumpa setiap hari? Ya ALLAH, kuatkan aku. dahlah. aku dah terima semua ini. aku pasti perpisahan ini ada hikmah disebaliknya. Allahu 'alam. waima kita terpisah, tak bermakna persahabatan kita akan hilang kan kan?  kita masih kawan selamanya. kata orang jodoh tak kemana, kalau diizinkan ALLAH kita pasti ditemukan kembali. satu je yang perlu kau tahu, aku sayang kau! oh ya, aku teringat bait lagu ni,

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman

mungkin ada betulnya. nak tengok setia mana kau kat aku. hehe.  :p
* ingat lagi tak lukisan ni? ni kau yang lukis tahun lepas. waktu tu aku kelas aku turun makmal. kau pun kot, then time kat kelas aku takde orang, kau masuk, kau ambil buku nota aku. time rehat kot baru kau pulangkan.=.="  bila aku tengok dalam buku tu, kau ada lukis gambar atas ni. terharuu weyh~

Some speech for you :

Aku sayang kau sangatsangatsangat. 
Jaga diri kat KISAS. jangan lupa kawan-kawan kau kat SAMTish. especially 'girlfriend' kau sorang ni. (aku la) nanti kalau dah jumpa yang lagi lawa, comel dari aku, jangan lupakan aku! 
  Semoga impian kau nak pergi University of Oxford tercapai. ameen.
Kahwin nanti ajak aku datang, nak tengok sikit suami kau. agak-agak ada macam Sami Yusuf tak? tak pun macam rupa 'Sami Yusuf' SAMTiSH pun okey jugak kan? ngee~ *jangan risau, aku akan simpan 'secret' tu betul-betul. :)
Aku minta maaf sebab kadang ada buat kau marah, sedih, menyampah atau cemburu? :p halalkan segala makan minum aku tau. *aku dah maafkan kau. :)*
Oh ya, moga impian kau nak jadi doktor sakit puan, tertunai. * nanti ada apa-apa, aku nak beranak ke, aku jumpa kau jelah.ngee. tak payah bayar apa-apa kan? alah, kawan-kawan. apa salahnya. bagi free aje. haha. :p
Aku akan simpan segala pemberian dari kau. especially surat-surat 'cinta'  itu. Uhibbuki fillah abadan abada ya habibati. *Rindu nak dengar kau panggil aku 'sayang'  err.=.='* Maaf tak bagi apa-apa kat kau time perpisahan kita hari tu..

To: Iffah Irdina Isrofeil.

IFFAH! kenapa Iffah nak pindah jugak kenapa  kita ingat kalau Fitri tak ada, Iffah boleh teman kita. maksud kita, sekurang-kurangnya kita ada Iffah.  *Fitri memang, kejam nak tinggalkan kita. tak sayang kita la tu = ='. Fitri! gurau aje! aku tahu kau sayang aku. 1001 kali pulak tu. :p*  kenapa Iffah pindah? Iffah saja nak tinggalkan kita ek? dah la tak bagi tahu yang Iffah dapat tawaran KISAS jugak time mula-mula tu. lain semua tahu. kalau lah hanizah tak bagi tahu, agaknya sampai sekarang kita tak tahu kan? macam tu ke kawan? merajuklah macam ni.:p gurau je  huhu. sedih tau Iffah pun nak pergi jugak. tapi takpelah. kita dah redha.

 Speech for you:

Iffah, kita pun sayang Iffah sangatsangatsangat. kita harap persahabatan kita berkekalan.
Kita minta maaf kalau kita ada buat Iffah marah, sakit hati, atau sedih. halalkan apa yang Iffah dah beri pada kita.
Rindu nak kena pukul dengan Iffah. asal Iffah geram je, mesti kita yang ada kat sebelah Iffah jadi mangsa. lepas ni siapa nak pukul kita lagi
Lepas ni nak cerita kat siapa lagi pasal dia? walaupun cerita yang kita cerita adalah cerita yang berulang-ulang, Iffah tetap nak dengar. huhu. T_T
Iffah, hari tu fazim cakap dia nak jaga kita elok-elok. nak stay SAMTiSH je. tapi, ntah betul ke tidak. ntah-ntah nanti dia pindah MRSM pulak.  dia tu pelik sikit. kejap kata pindah kejap tak. naik pening dah kita. *fazim sorry! jangan marah ye.
Nanti kita dengan fazim (agaknya) akan jaga mama elok-elok.  jangan risau.
Kalau Iffah ada masa lapang nanti, bagi tahu kitorang. nanti kita keluar pergi jalan-jalan. pergi JJ ke, TS ke.. *err,tak nak2. dah serik dah pergi TS .
Time raya nanti kita pergi raya sama-sama lagi nak? macam tahun lepas. tapi tak payah ajak kaum adam lagilah. kita pergi dengan kaum-kaum hawa aje.
Lastly. rindu nak tengok Iffah moody !  jaga fitri baik-baik tau. kalau dia curang dengan kita, bagi tahu!

To: Nur Hanizah Mihat 
Niza, bekas Penolong ketua kelas 4 Ma'wa. kat sana nanti jangan lupakan kitorang kat SAMTiSH ni. lagi-lagi kelas 4 Ma'wa 2011. :p
Aku pun akan rindukan kau, rindu nak dengar kau cakap 'terima kasih la' 'tahniah la' rindu! rindu nak dengar kau bising-bising dalam kelas.
Susah nak cari orang yang Happy-Go-Lucky macam kau.
Kuatkan hati, jangan  sedih-sedih dah. kalau rindu kat kitorang, datanglah melawat ye.


To : Izzah Syakirah Mohd Sidek
 *maaf tiada gambar*

Izzah! nape hari selasa tu tak datang  walaupun hari jumaat tu kita dah jumpa, tapi nak jumpa Izzah lagi. rindu nak tengok muka Izzah yang cepat merah. nak tengok Izzah senyum,gelak. Rindu nak dengar Izzah panggil nama kita. Rindu nak belajar bahasa arab dengan Izzah. Rindu nak cakap-cakap dengan Izzah . Rindu semuanya ! Sayang Izzah !

* * * * * * * * * * * * * * * * *
 * bubye budak KISAS. (T_T)/~~ tahniah la dapat masuk KISAS. *
 
conclusion: Isnin ni conform tak dapat tengok muka korang dah. huh. makin lama makin ramai tinggalkan SAMTiSH. takpe-takpe, yang masih tinggal ni, berusaha bersungguh-sungguh. naikkan nama sekolah. lagi-lagi tahun 2012. SPM! kata nak capai  MISI SEKOLAH? "SAMTSH SABK unggul diperingkat kebangsaan tahun 2012" jadi, chaiyok! hee~
 ** untuk melihat note sedih Hani  about ' bye2 budak kisas sbp mrsm sambest ' di Facebook. log in dulu.

aku ni tak habis-habis online, tengok blog. 
homework tak siap lagi tu. =.='
addmath, can anyone teach me? ergh. 
baru baca soalan addmath dah buat aku demam.
tu baru baca. tak jawab lagi soalannya.




✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

6 mutiara hikmah ヅ:

Ain berkata... [✿ Reply this ✿]

wooo , budak KISAS .. yang Ain tawu student KISAS suma pandai - pandai :)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

ToAin: Yup, naily pun agak student KISAS pandai2. Tapi, tak semestinya kita yang budak bukan KISAS ni tak pandai. (:

cg magnEt :) berkata... [✿ Reply this ✿]

hee.jgn ris0.di0rang baek2 je kat sane.hanizah, fitri, izzah. baek sgt kat sane :)

cg magnEt :) berkata... [✿ Reply this ✿]

jgn ris0.diorang baek2 je kat sane. hanizah, fitri ngan izzah sgt baek kat sane :)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

To cg magnEt :) ya, tak risau dah. :D btw, ni macam kenal diorang jee..? eheh. ^^

Hanizah Mihat berkata... [✿ Reply this ✿]

naily , cg magnet uh senior aku :) mestilah kenal:) kan kak anisah aka cg magnet ? ^^