Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

14 Februari 2011

Home » , , , » Hate Valentine !

Hate Valentine !

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Assalamualaikum..

 Hari ni hari kekasih lah, kau orang tak sambut ke? hari kekasih selalu orang bagi coklat kat pasangan masing-masing kan?  hee. kau orang sambut kat mana? hotel mewah? whoa.

STOP !
SAY NO TO VALENTINE'S DAY !

Rasulullah SAW bersabda: " sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka dia adalah dari kaum tersebut"
-Hadith Riwayat Tarmidzi-

  Seperti yang semua tahu, hari ni adalah hari Valentine. aku tak tahu pun sebenarnya.
  tak tahu dan tak nak tahu. tak nak sambut pun. HARAM. sebenarnya aku tak tahu kenapa sambut hari valentine tu haram? aku tahu ia haram. tapi, apa sejarahnya? aku rasa ramai kot yang tak tahu akan sejarahnya, kan? lagipun tahun-tahun sebelum ni aku tak sedar pun akan kehadiran Hari Valentine ni. bukak google cari kenapa hari valentine haram. mula-mula jumpa dalam bahasa inggeris. kurang faham. dah translate kan pun tak faham lagi. grr =.='

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE.


 

Pendapat pertama
mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. [ History of Valentine ]
*jijik gila nak sapu-sapu darah kat badan. euw! agama islam ada ke macam ni? takde kan? Islam agama yang suci. takdenya fahaman karut mengarut macam dia orang*

Pendapat kedua
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)
  Pendapat keempat.

menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
* * * * * * * * * * * * * * * * *

jadi,inilah sejarahnya. kenapa hukum menyambutnya adalah haram ? [Click Sini] untuk baca lebih lanjut berkenaan sambutan hari valentine ini okey. lepas ni tak payahlah kau orang nak sambut Valentine's Day ni. bagi yang dah menjadi pasangan suami isteri, setiap hari adalah hari kekasih. bukan 14 February ni je.kan?
* * * * * * * * * * * * * * * * *
*oh ya, kalau kau orang tengok, header aku dah bertukar. dari ini.



  ke ini


Anne kata, blog aku ni banyak loves. haha *blog aku dipenuhi blog bukan sebab aku sambut Valentine ni ek* aku pun tak tau, kenapa banyak love. bila tengok header baru tu ada tulis 'Get Love' . kenapa entah. haha.   

esok maulidur rasul. banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.  " Sallallahu 'Ala Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Sallallahu 'Ala Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam "

membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji 
yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu 
penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.




✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: