Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

15 Februari 2011

Home » , , » Allahumma Salli 'Ala Muhammad Ya Rabbi Sallli 'Alaihi Wa Sallim ♥

Allahumma Salli 'Ala Muhammad Ya Rabbi Sallli 'Alaihi Wa Sallim ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

*Assalamualaikum* Salam Maulidur Rasul 1432 hijrah kepada seluruh umat islam di dunia. ^__^ MasyaALLAH, hari adalah hari kelahirah Nabi Muhammad SAW. aku sangat rindu pada-Nya. hati ini sering berharap agar dapat berjumpa dengan baginda Rasulullah SAW kelak. tapi, apakah bekalan amalan sepanjang 16 tahun hidup di dunia ini cukup? selawat pula, kadang tidak diamalkan. sering leka dengan keindahan dunia yang sementara, kadang alpa akan kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Astaghfirullahal'azim..

Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak
berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



  Video di atas sering aku tengok, untuk Muhasabah diri ini.
 dah tengok? sedih tak? timbul tak perasaan rindu kita pada Nabi Muhammad SAW?. 

Jom Muhasabah diri.
*soalan yang ditanya dalam video di atas*
Sudahkah kita mencintai baginda Nabi Muhammad SAW
siapa ikon atau idola kita selama ini
ramai anak-anak muda sekarang lalai kepada baginda Nabi Muhammad SAW. mereka BANGGA dengan ikon atau idola artis-artis mereka, mereka BANGGA dengan para pemain bola sepak yang mereka banggakan
sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia
sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad SAW
sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita pada Baginda Nabi Muhammad

TEPUK DADA TANYA IMAN
Jom dengar lagu ni. Moga bertambah rasa cinta dan rindu kita pada Baginda Nabi Muhammad SAW. InsyaALLAH



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

* * * * * * * * * * * * *
* semoga kita ditemukan dengan baginda di padang Mahsyar kelak. ameen.

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)


✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: