Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

1 Januari 2011

Home » , » Pasal Bola Pun Nak Gaduh

Pasal Bola Pun Nak Gaduh

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..




Okey, seperti yang semua tahu, malaysia lawan indonesia malaysia menang. tahniah. :) hari jumaat 31dis 10 cuti umum sempena dengan kemenangan ini.
bola ni. kalau dah satu pihak tu menang. mesti pihak yang lagi satu tak puas hati. mesti jadi gaduh. tuduh macam-macam. yang menang pulak nak bangga. kenapa nak macam tu? pasal bola je pun? kenapa nak gaduh-gaduh?  islam suka ke gaduh-gaduh ni? sesama islam pun nak gaduh? nak maki-maki semua tu? PASAL BOLA JE PUN.

kita ni tak fikir ke pasal saudara seislam kita kat palestin sana? tiap hari bimbang, kot-kot tengah jalan nak pergi ke sekolah orang yahudi baling bom. tiap hari kat sana. mesti ada yang mati. anak-anak yang tak berdosa di bunuh dengan kejam oleh yahudi laknatullah. yang perempuan di perkosa. kita ni, pasal bola pun nak gaduh. sama-sama islam pulak tu.

dekat laman web, lagi-lagi facebook mesti ramai update pasal bola. lepas tu kutuk-kutuk. yang kalah kutuk yang menang. yang menang kutuk yang kalah segala perkataan keji semua keluar. malaysia dipanggil malingsial. yang indonesia dipanggil indogsial. dan mcam-macam lagi lah. masyaALLAH. korang ni, tu pun nak gaduh. tak faham sungguh! *aku tak sokong mana-mana*

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

mungkin ada yang cakap. dia kutuk kita dulu. kata main tipu la ape la. yang korang pun nak kutuk dia kenapa? biar je lah. ingat. kita ni sesama islam. kalau dah umat islam sendiri macam ni, macam mana nak tarik perhatian orang bukan islam untuk memeluk islam? orang yang bukan islam pasti akan melabel kita ni sama je macam mereka. malah lebih teruk. nauzubillah..

kita ni. orang melayu ke, orang india ke,bangladesh ke, indonesia ke. kat mata ALLAH tu takde apa-apa makna. tak berharga langsung taraf bangsa korang ni. kita je yang membeza-bezakan semua ni. ALLAH cuma pandang tinggi mana ketakwaan seseorang mu'min itu. tinggi mana takwa dia pada-Nya. adakah dia melaksanakan perintah-Nya? atau sebaliknya?

Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya."
Diriwayatkan oleh Muslim.

Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. INGAT !

 * adakah anda salah seorang dari mereka yang kutuk-kutuk or marah or mengejek dan seangkatan kereta dengannya ? :p fikir-fikirkanlah :) *




✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: