Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

23 Disember 2010

Home » Keputusan PMR Dah Keluar....

Keputusan PMR Dah Keluar....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Setelah semua calon PMR berdoa, berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan PMR hari tu, dan bertawakkal kepada-Nya. mengharapkan keputusan yang terbaik setimpal dengan apa yang diusahakan.
kini...
 seperti yang korang semua tahu. keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dah pun keluar.

sehari sebelum keputusan ni keluar, aku tak rasa apa-apa pun. takde feeling. ceh. khamis,23hb Disember. waktu pagi tu, tiba-tiba macam-macam perasaan datang. bangun pagi je, dah rasa macam nak demam. sejuk,menggigil tiba-tiba. macam ada cik han** lalu je. ngee. merepek. tepat pukul 8.45 pagi dah keluar rumah. saja nak pergi sekolah awal. mak dengan ayah ingat nak tunggu sama, tapi, masa nak ambil result tu lama lagi. jadi, diorang baliklah. sebelum tu, sempat lagi diorang doakan yang terbaik buat anaknya yang comel ini. *perasan2*

kitorang ambil keputusan kat dalam dewan. sebelum upacara tu bermula, singgah SPBT kejap. jumpa kawan-kawan kat sana. tiba-tiba teacher cakap, nanti kalau pelajar yang dapat 9A, 8A akan dipanggil sorang-sorang naik atas pentas. aduh! nak tercabut dah jantung ni masa tu. malulah kalau macam tu. tapi memang tiap tahun buat macam tu * kan? * nak buat macam mana lagi.

tepat pukul 10, semua pelajar form 3 kena masuk dewan. macam biasa lah, ada ucapan dari pengetua. pengetua cakap tahun ni yang dapat 9A ada 60 orang. 8A 25 orang. yang bawah-bawah lagi tu tak berapa ingat. tapi ada jugak yang tak dapat A langsung. kira-kira 14 orang macam tu kott.  *dalam hati aku masa tu,harap-harap aku tergolong dalam 60 orang yang dapat 9A. amiin.* pengetua cakap yang dapat 9A meningkat dari tahun lepas. Alhamdulillah. tapi, yang takde A pun meningkat [-.-'] lepas tu ucapan dari Tengku Shahrom (ayah Tengku Nusaybah) sedikit sebanyak kata-kata dia bagi semangat kalau tak dapat 9A pun. 

  then...masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. cikgu panggil pelajar yang mendapat 9A dulu. Ya ALLAH..takut betul masa tu. dia panggil kelas firdaus dulu. seorang demi seorang dia panggil. ramai betul budak kelas firdaus yang dapat 9A. time dia sebut kelas naim pula, hampir nak terjatuh dah badan ni kat lantai. gementar. harap-harap tergolong dalam kalangan mereka-mereka ni. tiba-tiba kawan aku panggil. naily, naily, naily. aku yang dari tadi tertunduk, mengangkat muka memandang dia orang dan membuat muka pelik.   ngee. tak faham. kenapa dia orang panggil. padahal nama aku tak disebut lagi. lepas tu diorang tunjuk kat skrin depan. lah! ada tulis nama budak yang dapat 9A rupanya. awat aku tak perasan?haha. sebab tak pakai spek kot, tu tak nampak.rabun. lepas tu dengar nama kena panggil. gementar sangat masa tu. ambil slip kat depan pun, slip tu macam nak jatuh. memang terkejut bila tahu.

  Ya ALLAH, Alhamdulillah! tak sangka. nampaknya usaha aku membuahkan hasil. Alhamdulillah. dalam hati aku tak habis habis mengucapkan kalimah hamdalah(alhamdulillah) dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya. ada peluanglah aku nak masuk kelas aliran sains. hehe.

ramai kawan-kawan rapat aku dapat 9A. nak dikatakan semua. Alhamdulillah. antaranya.

Iffah Ridhwah Hanun
Nurul Fitri
Fatin Nadhirah Yazim
Iffah Irdina
Tengku Nusayabah Tengku Shahrom
Nur Fazira Sha'rani
Farihah Husna
Masliana
Shahida Aina
Izzah Syakirah
Aida Farhana
Nurul Huda Kamsani
Atikah Arzemi

 *sorry kalau ada mana-mana nama yang tertinggal. manusia itu mudah alpa. begitu juga diri ini. hee.*
 

 

dekat atas tu semua dapat 9A. tapi yang dapat 9A bukan ni je. ramai lagi. ada yang dah balik. ada yang merayau entah ke mana. tak dapat nak tangkap gambar. huhu. cikgu kata untuk yang dapat 9A dengan 8A suruh tunggu, nak tangkap gambar. tapi tunggu punya tunggu tak jadi. huhu. takpelah.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang dah mengajar diri ini.  yang tak mengajar pun terima kasih.
bagi calon PMR yang takde A atau terkurang A nya. janganlah korang berputus asa. PMR ni tak menentukan apa-apa. tak menjamin masa depan. jadi jangan cepat rasa mengalah. mungkin ada hikmahnya semua tu. mana tau untuk SPM nanti korang dapat lebih baik dari PMR ni? *amiin* Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang terbaik buat diri kita.


*peace*

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

4 mutiara hikmah ヅ:

nurul dottie berkata... [✿ Reply this ✿]

, assalamualaikum . tahniah saudari . :)

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

@nurul dottie wa'alaikumussalam. alhamdulillah,trm ksh. ^___^

.:siti:. berkata... [✿ Reply this ✿]

Assalamualaikum,tahniah! Doakn saye PMR 9A's 2011 yea!

❤ nailyshofiatunnajwa ❤ berkata... [✿ Reply this ✿]

to.:siti:. wa'alaikumussalam..trm ksh,, ^__^ ya,sy doakan siti dapat 9A thun ni..amiin~ :)
blaja rajin2 tau. form 3 pnye subjek bez+senang,,hehe. *mentang2 la dy da hbs form3,mmg la ckp sng..hee~=p