Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

30 November 2010

Home » , , , , » Tabarruj. Eh? Tabarruj Tu ape ye? hmm..

Tabarruj. Eh? Tabarruj Tu ape ye? hmm..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Type : Tazkirah sikt. hik3. ^__^v *jangan malas baca ye!*
Mood : tengah demam. huhu.T___T doakan cepat sembuh ye.hee :D

  Hari ni nak cerita tentang TABARRUJ. err, apa itu tabarruj? ma ma'na? ana la adri. huahuahua. :D mungkin ada yang pernah dengar perkataan ini kan? atau mungkin juga ada yang dah tau apa yang dimaksudkan dengan tabarruj tu?. okey takpe. saya akan terangkan.

  Menurut bahasa, tabarruj adalah wanita yang mempamerkan keindahannya dan perhiasannya kepada lelaki-lelaki yang bukan mahram. Tabarrajatil mar'ah artinya wanita yang menampakkan kecantikan wajah dan bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hal itu baik untuk dipamerkan, dengan maksud untuk menimbulkan ghairah seksual kepada kaum adam. dengan kata lain, tabarruj adalah menonjolkan kecantikan agar menarik perhatian lawan sejenis. Astaghfirullahal'azim..

  Tabarruj (menghias diri) secara berlebihan hukumnya HARAM kerana ia termasuk dalam kategori mengubah hikmah kejadian ALLAH, atau lebih tepat lagi, tidak mensyukuri nikmat ALLAH. Contoh: memakai alat solek atau barang kemas secara berlebihan untuk tujuan kecantikan sehingga menarik perhatian ramai orang terhadapnya. *bergantung pada niat, Tidak salah bertabarruj untuk suami yakni di mana lelaki-lelaki lain tidak melihat kecantikan dan perhiasannya*

  Jika kita perhatikan zaman sekarang yang dah terlalu MAJU sangat ni. memang banyak berlaku benda tabarruj ini kan?

  Okey, let say. ada seorang perempuan ni, muka dia pada zahirnya tak ada la cantik mana *ni contoh* tapi,disebabkan teknologi sekarang dah makin canggih. ada adobe photoshop la. jadi dia pun
guna teknologi yang ada ni. dengan menCANTIKkan wajahnya. dia buang segala tompok 
yang ada kat muka dia. so hasilnya memang putih gila. bak kata orang 'muka suci'. 
kemudian dia upload la kat website dia. facebook la,myspace la,friendster dan sebagainya.

fine,dia kata niat dia tak menunjuk-menunjuk. habis yang dia pergi upload gambar dia berposing segala macam gaya yang boleh buat lelaki tertarik pada dia itu, kenapa? berpuluh-puluh gambar pulak. kalau dia kata nak bagi orang kenal dia, perlu ke sampai berpuluh-puluh,beribu-ribu gambar di upload? gambar yang diupload tu pun gambar dia seorang. macam saya kata tadi dia mencantikkan gambar dia menggunakan teknologi yang ada sekarang ni. jadi memang ramai la orang memuji dia. terutama kaum adam. Masya-ALLAH. cukuplah mengupload satu gambar sahaja wahai muslimah sekalian.

Ni bahagian tabarruj.

1- alat solek.


  Aha! ramaikan orang sekarang memakai alat solek * make-up *? tambahan jenis alat solek dah makin bertambah dan maju. pelbagai alat solek dihasilkan, tujuannya adalah untuk kecantikan. tak salah kita pakai alat solek, tapi berpada-pada lah. biar kita pakai alat solek, tapi orang tak perasan kita pakai alat solek tu, faham kan? ni tidak. ramai yang suka pakai tebal-tebal. gincu tu selalu tahan lama, ni baru seminggu dah habis. kau orang makan ke ape gincu tu? ahaha. XD termasuk orang yang mengenakan purdah / cadar. dimana seorang wanita yang 'membungkus' wajahnya, apabila warna-warnanya mencolok mata dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj jahiliyah terdahulu.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Al-Ahzab: 33)

kan lawa macam ini? ALLAH dah jadikan setiap orang itu cantik. mungkin ada juga yang tak cantik *err* tapi, mesti ada hikmahnya kan? ALLAH itu Maha Adil. bersyukurlah wahai kaum hawa sekalian. kecantikan yang sebenar terletak pada kecantikan akhlak dan budi pekerti, bukannya kecantikan fizikal yang bersifat sementara.

*cuci-cuci-cuci ! *
-bahan kimia pada bahan kosmetik boleh mempercepatkan kedutan pada wajah ! -
*cuci-cuci-cuci ! *
-mereka yang sudah sinonim dengan kosmetik akan kelihatan "pucat seperti mayat" apabila tidak memakainya! eiyaks! -

2 - Aksesori dan barang kemas

 Okey. maksud di sini pula. orang yang menonjolkan aksesori atau barang kemas seperti rantai, anting-anting juga dikatakan tabarruj. ada sesetengah orang menutup aurat tapi dia mempamerkan perhiasan atau barang kemas yang dia pakai. kau orang pernah tengok kan? ha ! itu juga dipanggil tabarruj.
Dari Imam Dzahabi dalam Kitab Al-Kabair :
" Di antara perbuatan yang menyebabkan wanita mendapat laknat ialah menampakkan perhiasan, emas, dam mutiara yang berada di bawah niqabnya ; memakai wangian seperti misk, anbar, dan tibb, apabila keluar rumah "

Maimunah bt Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
" ALLAH murka kepada seorang wanita yang keluar dari rumahnya dengan memakai wangi-wangian dan memberi peluang kepada lelaki melihatnya kepadanya, hingga ia kembali ke rumahnya "
(Hadis Riwayat Thabrani)

Abu Hurairah R.A berkata,
" Suatu ketika saya melihat seorang wanita memakai wangian yang sangat menyengat dan memakai pakaian ketat. Saya bertanya kepada wanita itu, ' Wahai hamba ALLAH, apakah kamu datang dari masjid? ' 'Ya,' jawabnya. Saya berkata kepada wanita itu, ' ALLAH S.W.T tidak menerima sembahyang seorang wanita yang datang untuk sembahyang dengan memakai wangi-wangian... "
(Hadis Riwayat Abu Daud)

  Masya-ALLAH, macam tu sekali? sayangnya pada mereka yang pernah berbuat demikian. solatnya tidak diterima ALLAH. pernahkah kalian menjadi salah seorang dari mereka?

3 - Wangi - wangian

DIHARAMKAN
: wangi-wangian yang kuat dan berpotensi untuk menggoda dan menaikkan nafsu syahwat bagi pencium baunya. 
-tengok tak iklan kat tv yang berkaitan dengan minyak wangi? mesti dalam iklan tu dia akan buat seorang perempuan pakai minyak wangi lepas itu orang sekeliling akan tertarik pada dia, kan? Masya-ALLAH. itulah yang kita nak elakkan sebenarnya. tapi kenapa orang sekarang suka buat minyak wangi yang macam tu?

DIBENARKAN
: wangi-wangian untuk menutup bau badan serta dipakai secara sederhana * tidak menarik perhatian orang di sekitar pemakainya*

Dari Abu Musa al-Asy'ari R.A, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Siapa pun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya. maka ia adala penzina "
(H.R An-Nasai, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Nauzubillahi min zalik.
4 - Pakaian Yang Terlalu Terang Warnanya
 *gambar contoh*

  Apa yang cuba diterangkan di sini ialah larangan memakai pakaian yang diperbuat daripada kain-kain yang terlau terang warnanya sehingga boleh menarik perhatian orang ramai seperti " merah  garang yang menghairahkan " atau warna-warna lain yang membangkitkan nafsu syahwat.

5 - Mengubah Ciptaan ALLAH.
  Apa yang dimaksudkan dengan mengubah ciptaan ALLAH ialah melakukan perbuatan membuat tau, menjarangkan gigi, mencukur alis (kening), menyambung rambut, mewarnakan rambut, memakai susuk dan mengubah anggota badan.
  Apabila perbuatan-perbuatan ini dilakukan untuk tujuan kecantikan semata-mata (ingin tunjuk-menunjuk) maka hukumnya HARAM !
Namun apabila ia dilakukan untuk tujuan perubatan, hukumnya bertukar HARUS !
Daripada Ibnu Mas'ud R.A. katanya, sabda Rasulullah S.A.W :
" ALLAH melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan ALLAH.. "
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Ya. pada marcapada ini seringkali kita melihat manusia-manusia yang melakukan perbuatan yang dikatakan
" Mengubah Ciptaan ALLAH ". Astaghfirullahal'azim.. bertaubatlah segera. sesungguhnya, ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  tahukah kalian? ALLAH cemburu pada kita.. ya, bukan hanya manusia saja punyai perasaan cemburu. tapi ALLAH juga. DIA cemburu melihat kita tidak mengikut perintah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya...

6 - Pakaian Yang Menarik Perhatian

  Apa yang dimaksudkan dengan pakaian yang menarik perhatian ini ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain, sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan pakaian sehingga menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

   Jenispakaian ini termasuk dalam kategori " pakaian syuhrah " (pakaian bermegah-megah)



Lawan kepada pakaian Syuhrah ialah pakaian TAQWA iaitu pakaian yang sempurna piawainya sesuai menurut tuntutan syara' . TAQWA itu sendiri membawa maksud " takutkan ALLAH "
yakni dengan melakukan segala suruhan ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

  Ibn Umar R.A. telah meriwayatkan daripada Nabi S.A.W. bahawa baginda telah bersabda :
" Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, maka ALLAH akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari qiamat kelak kemudian ia akan dijilat ape Neraka.. "
(H.R. Abu Daud)
7 - Perhiasan Atau Kasut Yang Berbunyi


  ALLAH telah pun memerintahkan kepada kaum wanita agar menyembunyikan perhiasan mereka.
" Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
(An-Nur : 31) 
Saranan :
 i) pakailah gelang yang tidak berloceng dan jangan pakai secara berlebihan.
ii) pakailah kasut yang tumitnya diperbuat daripada getah kerana tapak yang lembut lebuh berkesan dalam menyerap bunyi. 
* * * * * * * * * * * * * * * *

* sekian sahaja untuk kali ini. Renung-renungkan Dan Selamat Beramal ! ^___^ v
* post kali ini ada kaitan dengan post sebelum ini. hihi [ link ] *klik klik*








✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: