Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

13 November 2010

Home » , , , » Anggun Pesona Aurat Terpelihara :)

Anggun Pesona Aurat Terpelihara :)

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

hijab Pictures, Images and Photos

hari ni da bape blog orang naily usha. saje nak tambah ilmu. mane tau dari blog2 yang naily
usha tu dapat la jugak sedikit ilmu untuk di manfaatkan kelak. ceh~ tapi, ade jugak blog
yang naily usha, membuatkan naily sedar. ade jugak budak skola naily yang dengan
sesuka hati mendedahkan aurat  dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang 
bukan mahram. sehingga sanggup memaparkan dirinya yang tak bertudung semata-mata
dicabar oleh salah seorang saudari perempuannya. mungkin benda ni bukan hanya
berlaku di sekolah naily je. di sekolah lain juga kan? cuma naily malu,, dia sekolah
agama TINGGI, tapi nape sanggup berbuat camtu sekali? rendah betul harga diri dia  naily tau,bukan dia sorg je yang dari sekolah naily berbuat demikian. tapi ramai lagi. ape motif korg wat tu sume?..korg tak rasa malu ke?...
Maaf, naily tak berniat nak memalukan pelajar sekolah ni. betul. tak de niat pun.
naily nak tegur, tapi naily takut teguran naily tu nanti dia tak dapat terima.
kemudian dia akan benci naily. lagipun naily ni bukan pandai bermadah-bicara pun huhu.
jadi,naily cuma mampu membenci perangainya dengan selemah2 iman yang naily ada.
dan mendoakan dia, 'moga ALLAH buka hati dia pada suatu hari nanti.'
okey, selama ni naily sedar, pelajar sekolah agama dengan pelajar biasa, dari segi
pemakaiannya kadang kala tak de beza.
seperti yang korg semua tau. fesyen baju,tudung sekarang da hampir menyerupai
zaman jahiliah. semua ketat. menampakkan susuk tubuh perempuan yang
memakainya. padahal, tujuan kita memakai pakaian adalah untuk melindungi perhiasan
kita dan apa yang ada di dalamnya. (faham2 je la ya).
naily tegok, sekarang ramai yang pakai tudung jenis bawal. kalau kita tak pandai
memakainya, kadang menampakkan sedikit leher kita. tak pun ada yang pakai
tudung tu ke atas sangat, maka terlihat lah bukit mereka yang tak sepatutnya dilihat
oleh lelaki bukan mahram. maaf berkata begini. memang naily pernah pakai
tudung jenis ni dulu, tapi, Alhamdulillah ALLAH beri hidayah, kini naily cuma pakai
tudung labuh yang menutupi perhiasan dalaman. InsyaALLAH..

ada juga yang pakai selendang. yang lilit2 sampai nampak bentuk telinga. korg pun
tau kan,selendang tu pendek, kalau tak pendek pun,dia masih menampakkan bentuk
sekian2. xP TAPI, naily tak kata tak boleh pakai selendang. tak de fatwa pun yang
cakap pakai selendang tu HARAM. haha. merepek la pulak kan? ;p

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.??

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur: 31]


lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat. mana lelaki2 ini?

Dan tahukah anda lelaki?, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.

04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

jadi,,ambil lah iktibar. maaf jika ape yang naily cakap ade salahnye,minta di betulkan. saya hanya seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesalahan. naily tau, tak semua orang yang tutup aurat sepenuhnya tu baik, dan tak semua orang yang tidak menutup aurat tu tak baik. kadang, yang tak tutup aurat tu lebih baik akhlaknya dari yang menutup aurat tu.kan? jadi naily tak layak nak cakap budak tu baik ke jahat. ni sekadar perkongsian untuk pembaca blog ni. :) korg nak kata naily bajet baik? atau ape saje? cakap la. naily tak kisah. lagipun memang naily tak de niat nak memburukkan sesape. ^___^ V *peace

ida Pictures, Images and Photos

Wallahu A'lam..





✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: