Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

31 Ogos 2010

Home » , » 13 Aurat Wanita

13 Aurat Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
muslimah berjilbab Pictures, Images and Photos

comel kan gambar ni? korang tak nak berpakaian macam dia ke? sejuk mata memandang.^^

hari ni naily nak sentuh berkenaan 13 aurat wanita yang perlu wanita2 ini jaga.
ramai kan perempuan sekarang ni yang tak pedulikan semua ni? korang da besar, mesti boleh fikir mane baik mane buruk kan?. hmm.. naily pun rasa segan nak cakap pasal ni, takut2 ape yang naily cakap ni, terkena kat batang hidung sendiri.  tapi,,macam tak. -.-' ntah la. manusia ni kadang tak sedar ape yang diorang buat. kan? okay2. kita teruskan..
pertama..
1. Bulu kening -
" Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening "
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
# ramai kan wanita sekarang yang suka mencukur/membentuk bulu kening mereka? kalau bukan islam tu, tak kesah la kot. mencukur bulu kening ni seolah2 kita mengubah kejadian Allah kan?hukumnya berdosa..! orang sekarang,cukur bulu kening bukan sebab ape, tapi tujuannya untuk kecantikan,betul tak? kalau tak betul,maaf la ye.
*bagi wanita berkahwin harus mengemaskan bulu kening dengan tujuan untuk suami, bila mendapat keizinan daripadanya.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyika.
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
# sekarang ada lagi ke? kalau tengok cita hindustan tu, selalu la juga nampak. haha XD

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
# ni memang selalu. bila kat sekolah, naily lalu je sebelah perempuan 'tu' (pada sape2 yang pakai minyak wangi) fuh..bau wangi semacam je. pening..! FYI,naily memang tak suka bau minyak wangi! kadang2 tu rasa nak muntah. tapi, ada la sesetengah minyak wangi tu naily boleh bau. kalau ye pun korang nak berwangi2 jangan la 'over' sangat ye. pakai ala kadar cukup la. :)

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
# kalau yang ni, tak payah cakap la. memang selalu nampak. lebih2 lagi zaman sekarang ni yang fesyen tudungnye berbagai.  Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita..!
*kalau nak ulas pasal ni panjang sebenarnye. takpe la, lain kali naily akan post 'khas' pasal ni. :D

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
# yang ni lebih kurang dengan yang nombor 4 tadi tu. contoh macam ni boleh dilihat dalam kalangan 'datin2' kan?hee~ ala2 macam cte Mami Jarum tu. ngee..

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
# ramai kan budak2 zaman sekarang ni yang couple keluar dating sama2. yang lelaki tu nak pegang tangan 'awek' dia, yang perempuan tu benarkan je. Allah,,betapa rendahnya nilai harga diri seorang perempuan itu...

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
# rasa macam naily pernah & ada buat je.heheh. tapi lepas ni, naily cuba elak dari berbuat demikian.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
# Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.


11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - 
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
# terlalu ramai perempuan sekarang yang mendedahkan rambut mereka. tak takut ke korang dengan azab yang akan Allah berikan? seperti yang tersebut dalam hadith di atas. nauzubillah.



* * * TAZKIRAH HABIS * * * 

* maaf la kalau ada terkasar bahasa. dan jika apa yang naily katakan ni ada silapnya,mohon maaf. mintak dibetulkan.  naily ni cuma hamba Allah yang sering melakukan kesilapan. 
* Buang yang keruh, ambil yang jernih. :)



✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

0 mutiara hikmah ヅ: