Assalamualaikum ! Welcome to all readers ! I hope this blog will give me and you many benefits. FollowDashboard
Alihkan matamu ke Laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia di dalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tetapi ALLAH sahaja yang tahu rahsia kehidupannya, jika kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika rasa sedih, pandanglah ke langit, akan sedarlah kamu bahawa ALLAH sentiasa bersamamu. (:

1 April 2015

Kalam Muqaddimah


سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم




  Assalamu'alaikum. Lama sudah tak bermadah bicara, mencetuskan idea dalam blog. Perjalanan dakwah di alam maya terpaksa ku hentikan disebabkan kesibukan berdakwah di alam nyata. Sungguh, bila berhadapan dengan dunia realiti,, Susah. Pernah juga aku tersungkur. Tapi Alhamdulillah, kerana hatiku masih ada Tuhan, aku bangun. Walaupun payah. Sebenarnya, ramai yang hebat berdebat dengan mata pena, tapi bila realiti, belum sempat pena melabuh, tangan rebah terlebih dahulu. Allah. Takpe, Yang penting jangan mengalah nak menegakkan agama Allah.

  Hampir dua tahun jugak aku tinggalkan blog kesayangan. Dan dalam dua tahun, aku lalui macam2 benda yang akhirnya membuatkan aku matang. Matang dalam berfikir. Tapi perangai ala2 spongebob squarepant tu ada lagi, Normal. Nampak matang mana pun seorang perempuan tu, the other side yang macam budak2 tu still ada lagi. Right?

  And  apa yang aku lalui selama ni, ada yang manis, ada juga yang pahit. Same like others.  Kadang-kadang apa yang kita nak tu tak tercapai. Kita nak lalu jalan tu, tapi Allah bagi lalu ke jalan lain. Sebenarnya bila Allah tak beri apa kita minta sebab dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Yang penting yakin!! Kena yakin kenapa? sebab Allah dah sebut dalam Al-Quran. Allah bagi jaminan kat kita, apa jadi kat kita, buruk ke baik ke, semua ada hikmah yang mana kita sendiri tak dapat tengok dengan mata kasar. Dan akal kita juga terbatas untuk tahu perkara yang mendatang.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Manusia merancang dan sebaik baik perancang tu yang kadang kita lupa, Allah. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Rabbana, jadikan kami termasuk dalam kalangan hamba-hambamu yang bersyukur, walaupun dengan nikmat yang sedikit. Sentiasa husnuzon dengan Allah.

 Akhir sekali, kata-kata nasihat berbaur peringatan buat semua, Mungkin kau lihat aku hebat bermain dengan kata di alam maya tapi realitinya,, aku sendiri lemah. Jangan lihat pada orang yang berkata tapi lihat apa yang disampaikan. Jika bermanfaat, maka ambillah. Jika tidak, maka tinggalkanlah. Cukup sekadar ini. Mungkin lain kali, Jika diberi kesempatan , aku akan kongsi ilmu. Ilmu yang ada fissudur ni bukan banyak mana pun. Lagipun, ilmu akan jadi lebih bermanfaat jika kita sampaikan / ajarkan pada orang lain. Ye dak?

So, entry kali ni hanya sebagai intro 2015. Introlah sangat. Dah suku tahun pun baru buat intro. pfft.





✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕

16 Februari 2012

Amal Islami, Done. Alhamdulillah.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Assalamu'alaikum. :)
   Rasanya ni entry first tahun 2012. Terlalu banyak benda berlaku dalam masa hampir 2 bulan untuk tahun 2012 ni. Pahit, manis, memalukan diri. Haish. Tak nak ingat dah. -__- By the way, pengalaman macam tu yang buat diri kita semakin matang. (:  #tapi perangai budak2 saya tu ade lagilah. heh -_-

 Alhamdulillah, semalam kat sekolah, baru habis KAMIL. Dan Alhamdulillah, saya dapat tempat kedua dalam acara yang saya masuk. Tak sia-sia berlatih, sampai hari ahad pun datang sekolah. Rajin bebeno. Orang hari ahad duk sedap berehat kat rumah tengok tv, saya pegi sekolah. :P Tapi, rumah sukan saya tahun ni, Khaldun dapat tempat ke-4. Sedihh. T____T  ex-rumah sukan tahun lepas pulak dapat tempat ke-2. Dah maju~ Saya turut berbangga. :p Batuttah macam biasa dari dulu, tempat first tu mesti dia punya. Haish. Untunglaa. -..-

  Mula-mula macam tak percaya khaldun tempat ke-4. Seriously, malu kot. Ngee. Tapi, menang kalah adat pertandingan kan? so, takpelah. Ada hikmah tu. :) Tahun depan ada lagi. :) Wait, tahun depan? rasanya ni tahun last kot saya sekolah kat sini. #tetibe rasa sedih. Cepat betul masa berlalu. Nak kahwin dah :P #k, gurau. = =" Dah form 5 dah. Dah nak keluar dari sekolah pun. Takut rasanya nak hadapi dunia luar. Okey, dah. Fokus SPM dulu. #Haha. Bila cakap pasal SPM macam nak gelak je, teringat kat diri saya yang malas ni. Allahuakbar .. #sigh.[-.-'] Tapi, Alhamdulillah saya ada kawan sekeliling, Huda Kam, Fazim, Una, Fazira. They encourage me. Sayang korang sangat <3 muahh :*

Okey, hari ni saya tak pergi sekolah. Sedihh. T__T  Banyak benda saya terlepas hari ni. Pelajaran, meeting PRS. Haish. -_-"   #Mintak2 homework untuk hari ni tak banyak. Btw, bukan saja taknak pergi. Untuk pengetahuan, saya seorang yang sangat rajin untuk ke sekolah.  wee~ :P

✿ Wallahua'lam bissawab. keep SMILING.◕‿◕ it's SUNNAH. ✿

Terima Kasih ◕‿◕